Tuesday, October 6, 2020

Apakah Melayu Negeri Perak Sedar Perkara ini

Salute you Tan Sri.

Artikel yg sgt baik dan ditunggu2 dari org UMNO dan bekas2 UMNO sendiri. Tahniah Tan Sri Megat Najmuddin krn berani berkata benar tanpa rasa takut. Semoga tulisan Tan Sri ini dapat membuka mata 53% Melayu yg masih gemar diperbodohkn dan ditipu oleh pemimpin2 korup UMNO trmsk prof2 Melayu yang kureng cerdik di universiti. Yang paling malang adalah PAS yg snggup bkerjasama dgn perosak bangsa.

Hanya sekadar perkongsian... 

Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas: Sesekali kena dgr jugak dr pihak PH...

SIAPA PENGKHIANAT

Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap sebagai peneroka FELDA yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan Cina. Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.
Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe deposit kuasa UMNO yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .
Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP? 
Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.
Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf  parti GERAKAN yang berkuasa disana?
Kenapa salahkan DAP yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?
Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP .
Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.
Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli Melayu. Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.
Hanya yang ketara MCA dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.
MCA didalam perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik  dinegara ini dan faham matlamat mereka semua.  Semua mereka kecuali MCA seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita?

Jelasnya inilah manipulasi UMNO.

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.

Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.
Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari persepsi perkauman yang menakutkan Melayu.
Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu .
Cina sebagai sinonim Komunis.
Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.
Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.
Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

*Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969.

Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar,
 Kluang.

Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.
YB2 Melayu UMNO kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.
Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.

Pada masa yang sama  kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

Apakah semua ini angkara DAP ?

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.

Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN.

Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.

Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.

Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.

Maka di atas pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.
Ini jelas dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain

Seterusnya mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan prasangka jahat terhadap Cina untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.

Maka kini berjayalah UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.

Bahkan DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.

Dimana UMNO dalam BN ? Satu parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.

Di Selangor, Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama yang membentuk kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya tidak seperti dibawah BN dahulu.

Sedarlah kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden ini adalah ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.

Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.
Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.

What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.
Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.

Kini telah wjud wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.
Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.
Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.

Puncaknya kini UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.
Apakah akan berlaku transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA  pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara DAP ?

Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara .

SEBARKAN KEBENARAN INI UNTUK MENCELIKKAN ORANG MELAYU


( Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun) Dari Penulis Blog Blog

Tuesday, June 30, 2020

What is morally wrong can never be politically wright



fitnah #sabar



KENYATAAN MEDIA
30 Jun 2020

MENJAWAB TOHMAHAN

Saya ingin merujuk dan menjawab tohmahan segelintir kumpulan kononnya saya sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat.

Ingin saya tegaskan ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak.

Saya tidak berkomplot di belakang seperti sesetengah pihak yang lain.

Ia tidak pernah dibincang dalam KEADILAN atau di peringkat Pakatan Harapan, dan tidak dibangkitkan dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Maka saya membantah sekerasnya dakwaan tersebut.

ANWAR IBRAHIM



Rata rata Tonahan dan fitnah dilempar dan diviralkan kononnya ada usaha DSAI akan bersengkongkol dan merecana satu gerakan mengambil alih kerajaan dengan TSMY melalui pertemuan DSAI dengan Hamzah Zainudin tempoh hari dimana selepas Hamzah Zainuddin bertemu Anwar dia pula mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Tun M .

Ini semua jelas direncanakan diviralkan dan Cywar bagi 

1. Mengagalkan kesepakatan PH
2. Menimbulkan rasa prasangka buruk antara ahli komponen PH.
3. Memperdayakan rakyat  dengan Tipu Helah dan permainan licik  politik jijik dan keji bagi  memberi gambaran PH juga seolah tidak ada etika dan moral didalam amalan Politiknya
4.  Menjejaskan kredibiliti DSAI dan mengagalkan usaha murni mengambungkan PH dan PH Plus

Perbincangan perlu dalam suasana positif antara pemimpin demi kepentingan negara dan rakyat tetapi jika syarat dan terma dikenakan  merugikan bangsa, negara dan Agama sudah tentu ianya ditolak oleh DSAI. tetapi  Ini pula digunakan sebagai bahan fitnah.


Yang amat jelas kita perlu tolak amalan politik khianat dan bersekutu dengan pihak  yang telah ditolak oleh rakyat dan amat perlu amalan jahat diakhiri dengan balasan  dan dijadikan contoh Tauladan yang hina dan keji dan supaya tidak akan berlaku lagi serta berulang amalan sikitol dinegara ini


Hanya Rakyat yang boleh menghukom mereka ini



Dari Meja : Saypol Chegu Pin Pangkor
                   





( Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun) Dari Penulis Blog Blog

Saturday, August 31, 2019

MAJLIS SAMBUTAN MALAM AMBANG HARI MERDEKA DUN TEBING TINGGI BERTEMAKAN SAYANGI KAMPONG KU MALAYSIA – MALAYSIA BERSIH


1.0            OBJEKTIF AM

Menyambut Ambang Merdeka 2019 untuk memberi kesedaran dan rasa motivasi kepada penduduk tentang kepentingan silaturrahim, persaudaraan dan  menekankan Perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama disamping dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri yang bersih dan tinggi dalam kalangan masyarakat 


1.1           Menanam dan menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama. Dikalangan masyarakat setempat  daripada pelbagai lapisan sosial sebagai satu langkah kearah memupuk semangat cintakan Malaysia ku  dan juga kesedaran sosial dalam kalangan masyarakat

1.2           Menjalinkan silaturrahim sesama penduduk dan memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi. dan mengaplikasikannya dalam situasi komuniti yang sebenar

1.3           Majlis ingin menggambarkan warganegara Malaysia berbilang bangsa dalam keharmonian, seia sekata, sehati dan sejiwa yang membarakan perasaan sayang kepada negara. Penggunaan warna Jalur Gemilang pula menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’,”

1.4           Bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan, menyeru supaya seluruh rakyat menunjukkan cinta setia kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga serta gembira bahawa Malaysia ini kita punya,

ANJURAN

PERTUBUHAN MASYARAKAT ADIL KINTA, PERAK
Bersama
PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG IPOH TIMUR

Anderson Old Boys Club
Persatuan Permainan Tradisonal Serantau Perak


Dengan kerjasama
PEJABAT ADUN TEBING TINGGI
PAKATAN HARAPAN IPOH TIMUR


. TEMPAT, TARIKH

Program dicadangkan untuk diadakan di:

4.1   Tempat program:   DATARAN (SEBELAHAN) MASJID AL FURQAN
             PESIARAN PEGOH
                                                   TAMAN PENGKALAN JAYA

4.2    Tarikh                    : 30 OGOS 2019

 4.3    Masa                     :  Selepas Solat Isyak    

                        9.30 malam

SAMBUTAN 2 in 1 mengambungkan Penduduk Setempat dan Pelajar Pelajar ( OldBoys)







Persediaan 








( Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun) Dari Penulis Blog Blog

Friday, April 26, 2019

SEKITAR MAJLIS AMAL PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MURID DAERAH KINTA DI MASJID PANGLIMA KINTA IPOH

SUASANA DAN ACARA MAJLIS
 





Oleh : TOH MUDA ORANG KAYA-KAYA PANGLIMA KINTA SERI AMAR BANGSA DIRAJA  DATO AB. WAHAB BIN DATO SERI AZIZUZ HASSAN
ORANG BESAR JAJAHAN KINTA


ANJURAN BERSAMA





Jumaat 26 April 2019 bsn 20 Syaaban 1449H




Menyambut Ketibaan OBJ



Ucapan Pengerusi Pertubuhan Masyarakat Adil Kinta (En Shaiful Ariffin)



Ucapan Yang Berhormat ADUN Hulu Kinta
Y.B  Muhamaad Arafat Muhammad




Ucapan TOH MUDA ORANG KAYA-KAYA PANGLIMA KINTA SERI AMAR BANGSA DIRAJA  DATO AB. WAHAB BIN DATO SERI AZIZUZ HASSAN
ORANG BESAR JAJAHAN KINTA 








Penyampaian Bantuan Persekolahan ke Murid Oleh OBJ Kinta 

Penyampaian Bantuan Persekolahan ke Murid Oleh OBJ Kinta 

Penyampaian Bantuan Persekolahan ke Murid Oleh OBJ Kinta 

Penyampaian Cenderahati oleh  OBJ ke Guru





Penyampaian Cenderahati oleh  OBJ ke Pengarah PPD Kinta



Penyampaian Cenderahati Adun Hulu Kinta ke OBJ 




Penyampaian Bantuan Persekolahan ke Murid Oleh OBJ Kinta 












Ke jamuan kesyukuran di iringi oleh Naib Bersatu Gopeng En Mior Azli





Jamuan kesyukuran









( Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun) Dari Penulis Blog Blog

Friday, April 12, 2019

MAJLIS AMAL PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN DAERAH KINTA DI MASJID PANGLIMA KINTA IPOH



SEMUA DI JEMPUT HADIR





Jumaat 26 April 2019 bsn 20 Syaaban 1449H

BERTEMAKAN MEMBUDAYAKAN KESAMARATAN DAN KEADILAN DALAM ALAM PERSEKELOHAN

Kemasyarakatan dan Keilmuan


Oleh : Yang di Hormati TOH MUDA ORANG KAYA-KAYA PANGLIMA KINTA SERI AMAR BANGSA DIRAJA  DATO AB. WAHAB BIN DATO SERI AZIZUZ HASSAN

Yang berhormat Muhammad Arafat Abdullah Araisy 
ADUN HULU KINTA 
(Mengantikan Yang Berhormat ADUN Tebing Tinggi)

Shaiful Ariffin
KETUA CABANG IPOH TIMUR 

Tuan Haji Hasni hasshim Pengarah Pendidikan Dearah kinta Utara
Guru besar / Guru / Murid
Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan
di Masjid Panglima Kinta, Ipoh

ANJURAN



DENGAN KERJASAMA

JAWATANKUASA MASJID PANGLIMA KINTA 
JAWATANKUASA KEADILAN IPOH TIMOR 


Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan berupa pemberian Pakaian sekolah yang lengkap ( Jenama Canggih), Kasut Sekolah, Alat Tulis dan Beg Sekolah  kepada Murid katagori Asnaf untuk memberi kesedaran dan ras serta anjakan motivasi kepada pelajar bagi mereka Persekolahan . Memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan ilmu, kebertanggungjawaban dan kebajikan kepada masyarakat umum serta  menanam budaya kepentingan ilmu dalam kalangan masyaraka

Memahami realiti kehidupan semasa serta keperluan fiqh Pendidikan adalah wasilah membentuk  Insan berkeperibadian dan  Meletakkan keadilan sosial teras dalam alam persekolahan , meletakkan takriff bantuan dianggap tidak tidak tepat. Program ini lebih pada memberi satu anjakan kepada murid asnaf agar dilam persekolahan mereka boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan murid lain dan menanam kepercayaan peluang mencapai kejayaan tidak dibataskan dengan  kekangan kemiskinan

Rabana takabal min na 
Innaka anta sami ul ahlim


Atur Cara

6.45 petang
:
Murid Peserta dan Jemaah Masjid mengambil tempat di ruang solat utama
7.00 petang
:
Ketibaan YB AdunHulu kinta
Ketibaan YDH Toh Muda Dato’ Ab Wahab Dato’ Seri Azizul Hassan
7.23 malam
:
Solat Maghrib
7.45 malam
:
Ucapan Pengerusi Pertubuhan Masyarakat Adil Kinta (En Shaiful Ariffin)
Ucapan Yang Berhormat ADUN Hulu Kinta
Y.B  Muhamaad Arafat Abdullah Araisy


Ucapan Yang Berbahagia OBJ Kinta


Penyampaian Bantuan Persekolahan ke Murid Oleh OBJ Kinta
(Lampiran A)
Penyampaian cendrahati  oleh  OBJ  ke Guru besar ( Utk Surau Sekolah)
Sek Kebangsaan Pengkalan PEGOH,
Sek Kebangsaan  PINJI, JALAN BUNGA RAYA
SEK KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN
SEK  KEBANGSAAN RAJA DIHILIR EKRAM
SK KG PASIR PUTEH, IPOH PERAK
SMK Menglembu (Cik Gu Rosaidon Perunding Majlis)
Penyampaian Cenderahati oleh  OBJ ke Guru besar
Penyampaian Cenderahati oleh  OBJ ke Pengarah PPD Kinta


Penyampaian Cenderahati Adun Hulu Kinta ke OBJ
8.45 malam
:
Solat Isyak


Jamuan Kesyukuran
















( Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun) Dari Penulis Blog Blog

Tuesday, December 18, 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA CABANG IPOH TIMOR BIL 1/2018





GAMBAR GAMBAR SEKITAR MESYUARAT CABANG 














































( Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun) Dari Penulis Blog Blog