JAJAHAN DINDINGS

Sejarah Ringkas Jajahan Dindings









Dalam T.M. 1462 seorang nahuda Arab bernama Shihab a-Din Ahmad ibn Majid menulis ‘Dang Dang’ dan ‘Pulau Sanbilan’ di dalam bukunya ‘Rajaz’. ‘Dang Dang’ yang dimaksudkan itu ialah ‘Dindings’. Walaubagaimanapun bijih timahlah yang telah memperkenalkan Jajahan Dindings.Sungai Dindings, kerana kedudukannya tidak begitu jauh dengan Sungai Perak telah menjadi jalan keluar yang penting melalui jalandarat dari Bota. Dalam T.M. 1639, orang-orang Belanda telah mula membeli bijih timah dari Perak setelah mereka berjaya mendapat kebenaran dari Acih yang ketika itu menguasai Perak. Sehingga tahun 1649. Belanda telah Berjaya mendapat sebahagian besar dari pembelian bijihnya yang berjumlah sebanyak 770,000 paun dari Perak.Walau bagaimanapun perhubungannya dengan  Acih merosot dan untuk menjaga kepentingan perniagaan bijih timahnya di Perak, Belanda, dalam T.M. 1670 telah membina sebuah kota kayu untuk lima puluh Sembilan orang di Pulau Pangkur. Kota ini telah dibina semula dan dikawal oleh sepasukan enam puluh orang soldadu Belanda kerana takutkan ketibaan orang-orang Bugis yang telah pun masuk ke Semenanjung Tanah Melayu.
Semasa Perang Napoleon di Eropah, kota itu telah ditinggalkan kepada British mengikut Persetiaan Inggeris-Belanda 1788. Selepas kekalahan Napoleon, Belanda, dalam T.M. 1819 cuba menegak kembali kedudukan mereka di Pulau Pangkur tetapi tidak Berjaya kerana kerajaan British di Pulau Pinang telah membuat satu perjanjian persahabatan dengan Perak pada 30hb. Julai, 1818 di mana mengikut Perjanjian itu, D.Y.M.M. Sultan Perak bersetuju tidak akan membuat apa-apa perjanjian dengan kuasa-kuasa lain yang boleh menghalang atau mengancam kedudukan dan perniagaan Inggeris.Ini sebenarnya terang-terang telah menodai syarat-syarat Persetiaan Inggeris-Belanda 1788 yang mana telah berjanji akan memulangkan kembali kepada Belanda semua wilayah-wilayah Belanda yang di bawah jagaan British semasa Perang Napoleon.
Dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) 1824 kedua pehak telah bersetuju membahagikan kawasan pengaruh masing-masing dan dengan ini dengan sendirinya Jajahan Dindings jatuh ke bawah pengaruh British.

Sejak pembukaan Pulau Pinang dalam tahun 1786, perhubungan Inggeris-Siam bersangkut dengan Kedah dan Perak tidaklah begitu  jelas.Ancaman Siam ke atas Kedah dan Perak telah membawa Crawford ke Bangkok yang kemudiannya diikuti oleh James Burney yang mana dalam tahun 1826 berjaya mengadakan perjanjian di mana Siam berjanji tidak akan menceroboh….. mengancam atau menyerang Perak.Sultan Perak dibenarkan menghantar ‘bunga mas’ sekiranya baginda ingin berbuat demikian. Dengan jelasnya persetiaan ini secara tidak langsung mengakui kebebasan negeri Perak.
Walau pun demikian , Siam terus merancang untuk meluaskan pengaruhnya ke atas Perak. Dengan berpura-pura hendak menasihat Sultan Perak,Gabenur di Ligur, di bawah arahan dari Bangkok, mengantar sepasukan 800 orang askar ke Perak. Sebenarnya tujuan Siam ialah untuk menghasut pembesar-pembesar di Perak menentang Sultan. Rayuan Sultan Abdullah kepada Gabenur Fullerton di Pulau Pinang berkesudahan dengan Inggeris menghantar Kapter James Low ke Perak dalam bulan September 1826 untuk menegaskan lagi sokongan Inggeris terhadap Perak . Low mengambil peluan ini untuk memperluaskan pengaruh British dan memperkuatkan lagi keyakina Sultan dengan beberapa perjanjian yang menegaskan sokongngan British kepada sultan.
Sebagai penghargaan di atas sokongan British yang dijanjikan oleh Low, Baginda Sultan telah menyerahkan  Jajahan Dindings dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya kepada British .
Percubaan-percubaan  Low di Perak, sebahagian besarnya telah disekat oleh syarikat hindia timur Inggeris. Dengan menandatangani perjanjian-perjanjian tersebut di atas, Low telah memesongkan dasar  ‘tidak campur tangan’ syarikat di Negeri-negeri Melayu. Walaupun perjanjian-perjanjian terdahalu dari itu telah memberi Inggeris sedikit tanggungan politik ke atas Negeri-negeri  Melayu, perjanjian Low lah yang mula-mula menubuhkan satu pernubuhan politik dan memaksa british bertanggung jawab ke atas keselamatan Perak sebagai pembalasan ke atas pemberian jajahan Dindings. Tindakan Low, walaupun tanpa kebenaran sah, Gabenor Fullerton percaya bahawa mereka telah mencapai matlamat  mereka menghalang cubaan Siam ke atas Perak. Apa  yang syarikat teragak-agak menerima dalam tahun 1826, bagaimana pun menjadi asas kepada perhubungan Inggeris-Perak dan membenarkan percampuran tangan Inggeris dalam T.M. 1874.
    Kepada Baginda Sultan Perak, penyerahan dindings adalah lebih melegakannya dari merasai kerugian. Pantai-pantai  Dindings yang lain-lain pulau berdekatan telah lama menjadi sarang-sarang lanun yang ganas dan Menyediakan tempat yang baik bagi mereka berlindung sementara menanti mangsa-mangsa mereka dan sulatan tidak terdaya untuk menghapuskan mereka.
    Dalam tahun 1866, satu lagi percubaan dibuat untuk membuka jajahan Dindings, ini disebabkan pergerakan lanun menjadi-jadi dan juga kerana beberapa buah lombong dijangka akan dibuka dan penanaman padi dan tebu juga telah dirancangkan. Rancangan untuk menuka Dindings dengan peladang-peladang Melayu dari Kedah dan pelombong-pelombong Cina dari Perak tidak Berjaya kerana tidak ada bijih didapati di sini dan juga kerana Jabatan Koloni tidak mahu membenarkan rancangan demikian.
    Sehingga ke T.M. 1873, keadaan politik di Perak menjadi semakin buruk.  Jajahan Dindings kembali menjadi sarang-sarang lanun. Col. Anson menyatakan ketidak puas hatiannya dengan Menteri Larut kerana kegagalannya menghapuskan lanun-lanun itu. Di atas arahan dari Singapura, Col. Anson menubuhkan sebuah balai polis di Pulau Pangkur dengan seorang sarjan bangsa Eropah dan lima belas orang mata-mata pada 22hb. November, 1873.



Sambutan Mailudur Rasul di bandar Lumut pada  1959