OTAI REFORMIST 1998

Ucapan Presiden Parti Keadialan Rakyat

Bermulanya Gerakan Otai Reformist 1998






Aktiviti Otai reformist 1998


Setelah Mesyuarat pertama di Selangor Club dan kedua di Mandirin Hotel Kuala Lumpur Akativiti pertama Otai ialah mengadakan Perjumpaan di Restoran Amjal pada  29 hb Mei 2015









Otai Reformist 1998 
Sejarah penubuhan Gerakan Otai Reformist 1998


Tercetus nya Idea mengumpul semula Reformist Reformist yang berjuang di Jalanan seawal 2015 apabila satu Perjumpaan telah diadakan dari  hasil usaha Y.B. Tian Chua ( Pada ketika itu ) di Selangor Club Kuala Lumpur. Mempengerusikan Majlis tersebut ialah En Abdul Razak Ismail , Mantan ketua Cabang Pasir Salak yang telah meyertai DAP dan bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Y.B. Dato' Teng Chang Khim.


Pada malam itu saya sempat juga saya menyampaikan sedikit maklumat perihal perjuangan awal gerakan reformasi "


Gerakan reformasi melibatkan ramai rakan taulan yang kita sendiri tidak kenali, Ini satu gerakan massa dan ramai juga tidak tahu kepimpinannya dan mengenali usaha usaha Individu dan kumpulan yang mengerak dan menyemarakan semangat Rakyat . Mereka tidak didendangkan di kalangan Kita".

Saya dengan yakin mengatakan bahawa dari semangat ini terjalinlah persahabatan bahru dalam perjuangan  yang mahukan kepimpinan negara berubah. 


Tidak siapa yang tahu risalah DSAI pertama dicetak diedarkan di Masjid Kampong Bahru pada 1998 usaha Pejuang mana ini perlu di sahkan oleh Rahmang Ahli Parlimen Kedua PKR 

Tidak siapa yang tahu juga siapakah yang menyiapkan Video Klip DSAI yang pertama . Ini perlu di tanya kepada Artis yang ditahan dibawah ISA bersama Lokman Adam.

Ada hulubalang yang menghantar dan menghubongi semua rakaian reformist seluruh negara dengan kereta Volvo 244 GL nya akhir nya di tahan diawah ISA juga. Boleh Tahan juga Claim duit minyaknya 

Taniah kumpulan Anak Muda Mahasiswa UIA yang bertungkus lumus menyediakan maklumat terkini untuk rakyat dalam Blognya " Mahazalim " yang juga perlukan saraan hidup.

Bagaimanakah operasi Himpunan Jalanan di Kuala Lumpur bergerak diawal 1999 dan Akhir 1998 dengan bantuan pelbagai pihak meyediakan Bilek mesyuarat dan dana 

Ini semua sejarah awal pegerakan Reformist .......yang kena tangkap pada tiap kali demo malangnya kebanyakan dari mereka bukan yang mengerakkan semua ini .tetapi mempunyai semangat tinggi dalam perjuangan  Ini semua sejarah diri bagi yang menghadapi nya 

Bagi saya yang ditangkap di Sempadan Johor dan batam serta  di gari sekitar Kuala lumpur dan diselongkar rumah dan pejabat dan diarahkan meletak jawatan dalam perkhidmatan Awam bukan satu pengorbanan tapi satu cabaran yang menagih Ardenalin tinggi saya .Saya amat yakin rezeki datang dari ALLAH  Saya mahukan perubahan yang saya harapkan dapat disempurnakan oleh Anwar Ibrahim  

Dipenjarakan dan selepas itu berjumpa DSAI dimakamah disemangatkan lagi dengan kata kata " baru hang rasa bila  lawan "  jawap saya tetap lawan sampai boss keluar , Alhamdullilah semangat itu tidak pernah pudar walaupun baju nya telah lusuh menjadi kain Buruk.





akan bersambung lagi.............








No comments:

Post a Comment

Terima kaseh membaca Artikel saya