Tuesday, June 30, 2020

What is morally wrong can never be politically wright



fitnah #sabar



KENYATAAN MEDIA
30 Jun 2020

MENJAWAB TOHMAHAN

Saya ingin merujuk dan menjawab tohmahan segelintir kumpulan kononnya saya sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat.

Ingin saya tegaskan ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak.

Saya tidak berkomplot di belakang seperti sesetengah pihak yang lain.

Ia tidak pernah dibincang dalam KEADILAN atau di peringkat Pakatan Harapan, dan tidak dibangkitkan dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Maka saya membantah sekerasnya dakwaan tersebut.

ANWAR IBRAHIM



Rata rata Tonahan dan fitnah dilempar dan diviralkan kononnya ada usaha DSAI akan bersengkongkol dan merecana satu gerakan mengambil alih kerajaan dengan TSMY melalui pertemuan DSAI dengan Hamzah Zainudin tempoh hari dimana selepas Hamzah Zainuddin bertemu Anwar dia pula mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Tun M .

Ini semua jelas direncanakan diviralkan dan Cywar bagi 

1. Mengagalkan kesepakatan PH
2. Menimbulkan rasa prasangka buruk antara ahli komponen PH.
3. Memperdayakan rakyat  dengan Tipu Helah dan permainan licik  politik jijik dan keji bagi  memberi gambaran PH juga seolah tidak ada etika dan moral didalam amalan Politiknya
4.  Menjejaskan kredibiliti DSAI dan mengagalkan usaha murni mengambungkan PH dan PH Plus

Perbincangan perlu dalam suasana positif antara pemimpin demi kepentingan negara dan rakyat tetapi jika syarat dan terma dikenakan  merugikan bangsa, negara dan Agama sudah tentu ianya ditolak oleh DSAI. tetapi  Ini pula digunakan sebagai bahan fitnah.


Yang amat jelas kita perlu tolak amalan politik khianat dan bersekutu dengan pihak  yang telah ditolak oleh rakyat dan amat perlu amalan jahat diakhiri dengan balasan  dan dijadikan contoh Tauladan yang hina dan keji dan supaya tidak akan berlaku lagi serta berulang amalan sikitol dinegara ini


Hanya Rakyat yang boleh menghukom mereka ini



Dari Meja : Saypol Chegu Pin Pangkor
                   





( Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun) Dari Penulis Blog Blog