Tuesday, July 6, 2010

Adakah Dindings Ujud Sebelum Kurun Ke 14 lagi

Zaman yang kita ingin huraikan ialah Zaman Gangga Negara yang Jelas megatakan Ujud satu Kerajaan lama merangkumi Bruas ,  Dindings dan Manjung ( Parit)  dan percaya bahawa ia diterajui oleh anak Raja Melayu Raja Gangga Shah Johan yang merupakan  anak Raja Ganjil Sarjuna dari kedah .


Ini selaras dengan Kekuatan Khmer kampucia  lebih dikenali  "Angkorian region, Angkor Wat, " dibawah naugan Raja Suryavarman II . yang menjangkau kekuasanya dari Pattani hingga ke Lenggong Perak dan Beruas mengikut keadah Jalan Sungei. Pengaroh Hindu dan Buddha ini pada ketika itu memberi perlindungan dan kuasa pada kuasa kuasa tempatan Ada pula Padangan yang mengatkan mereka ini Melayu kampucia Pedagang yang kehebatannya bermula dari Gujerat hingga ke Ligor ( Utara Semanjung tanah melayu ).Ada kesan yang dikatakan ini ialah adanya keturunan Gujerat memiliki tanah tanah di Bruas . Contohnya Tok Wan saya Bahauddin yang dikatakan berasal dari bangsa yang  itu memiliki tanah 10 ekar di beri sebagai hantaran ke Opah saya Wee bt Mahadi .


Sekitar 1025 dan 1026 Kerajaan ini dikatakan lenyap apabila diserang oleh Raja Rajendra Chola dari Coromandel India Selatan  .  Kerajaan ini tidak hilang cuma bertapak di tempat lain di katakan telah lari ke Pendalaman iaitu Pengkalan Pegoh dan sehingga ke Bidor . 


Ini sah di catitkan iaitu pada Zaman serangan kerajaan Siam Ayutthaya ini lah nama Pulau pangkor diberikan yang lebih dikenali sebelum itu sebagai Pulau Sembilan oleh laskar laskar siam yang akhir membina penempatan dipanggil sehingga ke hari ini KOTA SIAM di hulu Sungei Dindings . Dikatakan Serangan ketas beruas dan sehingga ke ulu sungei Dindings dan Kota lama Parit berlaku sehingga Pemerintahan Sultan Mansur Shah Sultan Perak 2 
   
Kejatuhan Kerajaan Angkor  di bawah kerajaan Kuasa baru Ayutthaya juga membawa perubahan di Bruaspada kurun ke 10 hingga ke 13.Kerajaan Srivijaya juga mempengaruhi perkembangan di rantau ini hanya lah pada kurun ke 13 adanya fakta sejarah di Kawasan ini .Tetapi tiada bukti jelas penalukan dan penjajahan asing ditanah ini yang bermakna ia tidak berpenghuni atau meraka sendiri mempunyai kekuatan adanya Keturunan diraja di Kawasan ini dengan nama Puteri Siat dari  Bruas muncul kerun ke 14


Amat jelas  penduduk disini yang semestinya Melayu yang sudah memeluk agama Islam seawal kurun ke 12 pada ketika itu TUn Saban dan Nahkoda Kassim jelas mewakilli pembesar Negeri Perak dan meminta Sultan Mahmud yang menjadi Sultan Kampar - Sumatera mengambil anaknya sebagai Sultan dinegeri Perak Maka ditabalkanlah Sultan Muzaffar  Shah ibni almahrum Sulatan Mahmud Shah sebagai Sultan Negeri Perak Pertama dengan juga persetujuan Orang besar ke 8 yang menetap di dindings jelas anak Tun Isap Barakah dan  Puteri Siat dari  Bruas dilantik menjadi Bendaharanya 


Dindings masih diserang oleh lanun lanan dan Kerajaan Siam sehinggalah ke era Sultan Perak ke 2 iaitu Sultan Mansur Shah  sehinggakan terbunuh menantunya Raja Ali dan dimakamkan di Sitiawan dan sehinggakan perlu membayar ufti dan dibenarkan melombong bijih tanpa cukai . 


Yang meyelamatkan Negeri Perak dari serangan siam dan Kuasa siam  ialah bermulanya penaklukkan Aceh disekitar Dindings sehingga  Sultan Perak Ke 2 dijatuhkan oleh kerajaan kesultanan Aceh . Aceh mula menguasai seluroh Perak  dan sekitarnya dan melantik Sultan Perak 3 dikalangan Kerabatnya . Kampong Aceh yang berada di Lumut adalah antara kampong terawal 

Sunday, July 4, 2010

Dindings Sah Ujud Seawal 1462 lagi






Nama Pulau Pangkor berasalnya tidaklah dapat diketahui dengan terang untuk membuktikan dengan secara tepat dan konkret - mengikut cerita cerita orang tua-tua yang disambongkan dari lidah ke lidah Pulau ini hanya ditinggal dengan usang digunakan untuk persinggahan ahli ahli pelayaran dan pelaut semasa kecemasan sahaja dan rehat sementara. Jelas nya Pulau ini pada Ketika itu hanya mempunyai satu punya mata air iaitu betul betul di selekoh Main Road Pulau itu berhadapan dengan Kuaters Kuli-line JKR


.

Al Kisah nya menurut Cerita Mulut Nenek Saya Mahadi bin Agus Guru pertama Sek Keb Pangkor. Nama Pangkor adalah dari bahasa Siam yang bermaksud Tanah Merah .Nama ini diperolehi Kurun ke 14 yang tidak pasti samada dari Kerajaan Sri Vijaya atau dari Kerajaan Tai Ayutthaya. Pada ketika itu Perairan selat Melaka menjadi rebutan Kerajaan Melayu Melaka dalam pergadohan nya dengan Raja Siam . Dikatakan Pulau Pangkor menjadi tempat persinggahan laskar Siam , dalam masa itulah ianya dinamakan Pulau Pangkor. Apabila persengketan Zaman itu berakhir pulau ini menjadi sepi semula , Tidak berpenghuni . Walaupun ada cerita yang mengatakan adanya orang melayu kedah mula bertapak disini namun tidak dapat disahkan



Namun Penulisan mengenai penempatan ini terbukti ujud dan dikenal pasti dalam penulisan Shihab al-din Abu'l- Abbas Ahmad Ibn Abi Hajala yang menyebut mengenai Pulau Sembilan dan Dang Dang yang dimaksudkannya dindings dalam tahun masehi 1492

Kurun ke 15 kerajaan Melayu Jambi dan Kerajaan Islam Acheh mula berkuasa sejajar dengan perkembangan  Kerajaan Melaka , Kerajaan manakah yang sebenarnya menguasai Pulau Pangkor dan Dindings