Sunday, July 4, 2010

Dindings Sah Ujud Seawal 1462 lagi






Nama Pulau Pangkor berasalnya tidaklah dapat diketahui dengan terang untuk membuktikan dengan secara tepat dan konkret - mengikut cerita cerita orang tua-tua yang disambongkan dari lidah ke lidah Pulau ini hanya ditinggal dengan usang digunakan untuk persinggahan ahli ahli pelayaran dan pelaut semasa kecemasan sahaja dan rehat sementara. Jelas nya Pulau ini pada Ketika itu hanya mempunyai satu punya mata air iaitu betul betul di selekoh Main Road Pulau itu berhadapan dengan Kuaters Kuli-line JKR


.

Al Kisah nya menurut Cerita Mulut Nenek Saya Mahadi bin Agus Guru pertama Sek Keb Pangkor. Nama Pangkor adalah dari bahasa Siam yang bermaksud Tanah Merah .Nama ini diperolehi Kurun ke 14 yang tidak pasti samada dari Kerajaan Sri Vijaya atau dari Kerajaan Tai Ayutthaya. Pada ketika itu Perairan selat Melaka menjadi rebutan Kerajaan Melayu Melaka dalam pergadohan nya dengan Raja Siam . Dikatakan Pulau Pangkor menjadi tempat persinggahan laskar Siam , dalam masa itulah ianya dinamakan Pulau Pangkor. Apabila persengketan Zaman itu berakhir pulau ini menjadi sepi semula , Tidak berpenghuni . Walaupun ada cerita yang mengatakan adanya orang melayu kedah mula bertapak disini namun tidak dapat disahkan



Namun Penulisan mengenai penempatan ini terbukti ujud dan dikenal pasti dalam penulisan Shihab al-din Abu'l- Abbas Ahmad Ibn Abi Hajala yang menyebut mengenai Pulau Sembilan dan Dang Dang yang dimaksudkannya dindings dalam tahun masehi 1492

Kurun ke 15 kerajaan Melayu Jambi dan Kerajaan Islam Acheh mula berkuasa sejajar dengan perkembangan  Kerajaan Melaka , Kerajaan manakah yang sebenarnya menguasai Pulau Pangkor dan Dindings

1 comment:

  1. Salam
    Terimaksih atas info dalam blog tuan.
    Saya suka mengkaji sejarah Melayu.

    ReplyDelete

Terima kaseh membaca Artikel saya