Tuesday, June 29, 2010

Sejak Bila Jajahan Dinding ini Ujud

Makam Nahkoda Mohd Taib



Adakah benar Gangga Negara Kerajaan pertama Dindings di Bruas atau lebih dikenali Batu Hampar. Atau bermula nya Kerajaan Dindings di Kuala Sepit oleh Nahkoda Mohd Taib atau oleh Tengku Busu atau oleh Belanda atau oleh Kerajaan kesultanan Acheh atau Kerajaan kesultanan Perak.

Sejarah apa dan mana yang kita ingin ketengahkan dan pada tarikh bila . Samada Sejarah Bruas , Lumut , Pulau Pangkor , Dindings atau Manjung ditakrifkan bermula titik pembukaan wilayah ini pada pandangan saya kena mengikut arus Kepimpinan dan Kekuasaan masa kini dan kehendak semasa bukan mengikut fakta sejarah sebenar

Yang nyata Kerajaan Kuala Sepit Bermula Kurun ke 17 dan inilah titik permualaan wilayah ini menjadi rebutan Umum pada ketika itu dan nyata kesinambungannya hingga ke hari ini.

Adakah kerajaan kerajaan sebelum kerajaan Kuala Sepit bertanggungjawab ketas pembukaan wilayah ini. Mungkin ada fakta sejarahnya tetapi tidak ada kesinambungannya sehingga hari ini

Ini asaa saya yang mengatakan sejarah Wilayah ini bermula dari Kerajaan Kuala Sepit


Geran Susunan Semula 1965 dari E.M.K 1855

Yang agak pelik dan persoalaan saya ialah keluarga keturunan saya memiliki Tanah pusaka di Bruas berkeluasan 10 ekar yang merupakan hadiah hantaran bagi Tok Wan Bahauddin Bapa kandung Chegu Pin Pangkor kepada Wee bt Mahadi bin Agus Ibu nya .Yang ketika itu menetap di Kampong Bahru Sungai Wangi. Setelah berkhawin Mereka telah berpindah ke Pulau Pinang. Mereka telah di Kurnia kan Chahaya mata 4 lelaki dan 2 Perempuan Arwah Abdul Rashid , Ahmad Nazeri , Rokiah , Hazizah dan Arwah Mokhtar ( Di anak angkatkan ke Ibu Saudaranya)

Perkhawinan ini berlangsung disekitar 1920 an

Tanah ini dipelihara dan dibawah seliaan Chegu Pin sehingga lah wafatnya beliau pada 12 Dis 1976.

Siapakah Chegu Pin ini dan apakah kaitannya dengan Nahkoda Mohd Taib , Yang Dikatakan Pembuka Kerajaan Kuala Sepit , PulauPangkor dan Lumut

No comments:

Post a Comment

Terima kaseh membaca Artikel saya