Nama Pulau Pangkor berasalnya tidaklah dapat diketahui dengan terang untuk membuktikan dengan secara tepat dan konkret - mengikut cerita cerita orang tua-tua yang disambongkan dari lidah ke lidah Pulau ini hanya ditinggal dengan usang digunakan untuk persinggahan ahli ahli pelayaran dan pelaut semasa kecemasan sahaja dan rehat sementara.
.
Al Kisah nya menurut Cerita Mulut Nenek Saya Mahadi bin Agus Guru pertama Sek Keb Pangkor. Nama Pangkor adalah dari bahasa Siam yang bermaksud Tanah Merah .
Nama ini diperolehi Kurun ke 14 yang tidak pasti samada dari Kerajaan Sri Vijaya atau dari Kerajaan Tai Ayutthaya. Pada ketika itu Perairan selat Melaka menjadi rebutan Kerajaan Melayu Melaka ( Kerajaan Majapahit) dalam pergadohan nya dengan Raja Siam . Dikatakan Pulau Pangkor menjadi tempat persinggahan laskar Siam , dalam masa itulah ianya dinamakan Pulau Pangkor . Apabila persengketan berakhir pulau ini menjadi sepi semula
Namun Penulisan mengenai penempatan ini terbukti ujud dan dikenal pasti dalam penulisan Shihab al-din Abu'l- Abbas Ahmad Ibn Abi Hajala yang menyebut mengenai Pulau Sembilan dan Dang Dang yang dimaksudkannya dindings dalam tahun masehi 1492
Kurun ke 15 kerajaan Melayu Jambi dan Kerajaan Islam Acheh , Kerajaan Kampar dan Kerajaam Melayu Melaka mula berkuasa sejajar dengan perkembangan Melaka , Kerajaan manakah yang sebenarnya menguasai Pulau Pangkor dan Dindings
No comments:
Post a Comment
Terima kaseh membaca Artikel saya