Monday, June 4, 2018

Salam Sahabat Perjuangan Reformist :

Dimana kesilapan kita dalam ber orginasasi, Perlu kita ingatkan kita dulu bergerak ala gerila , tanpa protocol,  bergerak secara massa , tanpa Jawatan , kuasa serta apa apa  habuan yang diterima  banyak secara sukarela  untuk apa semua ini .  Adakah untuk menjatuhkan kuasa sedia ada supaya kita nanti berkuasa dan merobah tatakelola negara kearah kebaikan rakyat jelata membela Agama , Bangsa dan Negara . 


Padangan saya itu Hakikatnya maka kita usaha diatas kerangka Reformist Jalanan dipelusuk Negara


Setelah menang 2008 dan di tipu 2013 Kita rasakan kita sudah ada Pimpinan yang ada kuasa dan diberi taraf pimpinan kerana mereka berjaya merampas kerusi yang di cita cita


Semangat reformist kendur akibat struktur yang ada dan Harapan suara “ Reformasi Reformasi Reformasi “ akan bergema dilihat makin disunyi nadanya  oleh segelintir yang berkuasa  . Namun ramai yang tahu selepas PRU 13 dan Bapa reformasi di penjara semangat juang dikotakatik oleh rakan mereka sendiri dan  ramai reformist yang kecewa.+

Ramai tidak sedar ada agenda besar dari pihak lawan Khusus BTN , JASA yang di taja oleh UMNO meyusup melemahkan perjuangan kita.

Apakah yang telah mereka lakukan


1.       Pemilihan Cabang telah dinoda , beli undi, angkat Pemimpin baru yang ditaja , berebut Jawatan di pelusuk Negara . dibantu sendiri oleh Jentera MIC, UMNO dan kompenen BN .

2.       Infiltration ini tak dibendung terjadilah, peminggiran kelompok tertentu pemusatan kuasa dan penyingkiran tokoh yang ikhlas

3.       Dipentaskan yang meyeleweng diberi tempat , yang khianat tiada tindakan seolah olah kita juga sama korup dengan musuh

4.       Mereka berjaya menerapkan Jalur ukur utama ialah kesetian Individu tanpa bicara berlapiskan kebolehan , kelulusan dan kewibawaan bukan Amanah dan keikhlasan dan bersuara yang dijadi calon mewakili kita  . Asas ini yang megecewakan kita dan merosak perjuangan


Adakah kita serius dengan usaha reform dan menobatkan Amanah, keikhlasan dan perjuangan . Yang ada telah dihetam dan dihina kononnya tidak mengikuti struktur parti dan dipinggirkan.

Bila bersuara dianggap pengkhinat dan pendusta konon menghina perjuangan murni Reformist .  

Perjuangan Reformist bukan diukur berapa lama , tidak ditarafkan  yang baru yang lama atau tua dengan yang muda yang penting kita berjuang secara massa dengan matlamat yang sama  maka ujud  OTAI REFORMIST 98 bagi membangkitkan semangat kita serta matlamat yang sama .

Hak organisasi ini hak bersama jangan kita pinggir dan asingkan mana mana tokoh individu atau kumpulan yang ada . Langkah pengasingan dan pengelompokan adalah agenda musuh melemahkan perjuangan kita. OTAI REFORMIST 98 direka cipta satu jenama bagi semua yang berjuang menentang musuh kita dan juga yang menentang Bapa Reform negara Dato seri Anwar Ibrahim  itu jangan kita lupa


TEPUK DADA TANYA SELERA

Reform dan Ubah lah supaya kita dalam satu nada, satu tekad dan bulatkan kerjasama . Bersatunya kita akan mengusarkan bukan hanya lawan tapi rakan sedia ada.

Iktiraflah kesatuan dan initiatif kumpulan yang telah berjuang bersama sama . jangan lah ingat kita juara kerana ramai yang membantu dan menyokong kita tanpa nama dan mengira kerana landasan perjuangan kita yang berwibawa

Pihak yang ingin mengenepikan kita sebenarnya mendapat nikmat dari musuh kita . Disiku di tohmah difitnah semata mata takut akan pendirian reformist yang tidak lentur dinoda harta ganimah atau kuasa.

KITA PERLU TERUS BERJUANG MEMASTIKAN REFORM AKAN TERCAPAI BAGI KEBAIKAN RAKYAT JELATA . HARI INI MUNGKIN DIPINGGIR MUNGKIN MENANG JUGA DITIPU SEKETIKA TETAPI BUKAN ALASAN UNTUK KITA TIDAK BANGKIT DAN LAWAN TETAP LAWAN  MEREFORMKAN NEGARA KITA




Puisi Bagi Kita di kala menunggu sahur Tiba

Kuatnya gari besi , Mengikat ketika reformasi
Tapi kita tak berubah hati ,Malah lawan sehingga akan mati esuk hari

Sanggu kita tak lari walau akhirnya tidak Pasti
Di kepala tanpa baja,  diTangan tanpa senjata
Akh itu soal biasa yang akhirnya ia terjadi

Singgah di depan mata kita kemenangan 20 tahun lamanya 

Lusuhnya kain bendera diHalaman rumah kita

Bukan satu alasan untuk kita tinggalkan

Banyaknya persoalan yang datang tak, Kenal kasian menyerang dalam gelap

Memburu kala haru dengan Cara main kayu,  Tinggalkan warna biru tua lalu Pergi tanpa ragu

Setan-setan politik kan datang mencekik  Walau dimasa menangnya dia akan tetap mencekik



Apakah slamanya politik itu kejam?    Apakah selamanya dia datang'Tuk menghantam?
Ataukah memang itu yang sudah Digariskan?
Menjilat, menghasut, menindas, Memperkosa hak-hak sewajarnya



Manusia sembunyi dibalik wajahnya, Kata kata suci berubah makna
Hukum rimba telah menjadi dewa, Siapa kalah terkubur hidupnya

Sepinya waktu kala sendiri, Sambil berbaring meraih mimpi
Menatap langit langit tak perduli, Sebab esok pagi kembali



Orang pinggiran  Bukan pemalas
Orang pinggiran Pekerja keras
Orang pinggiran Tidak mengeluh
Jika Tidak kita akan Terus melenguh



Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog

No comments:

Post a Comment

Terima kaseh membaca Artikel saya